Pada suatu masa dahulu, ada seorg yg ketika itu hanya berumur 15 tahun. Beliau duduk dan menyenaraikan 127 matlamat di dalam "senarai hidup ku" yang mengandungi semua perkara yang ingin beliau alami di dunia ini.
Selepas hampir 6 dekat (pada usia 74 tahun), beliau telah mencapai sebanyak 109 matlamat yang tercatat di dalam senarainya, merekodkan kebanyakan daripada pengembaraannya di terbitan2 seperti National Geographic dan Reader's Digest.
Seorang graduan antropologi dan psikologi, beliau pernah mengkaji kebudayaan yang jarang dikenali di seluruh penjuru dunia. Dia sudah berkahwin dan tinggal bersama isteri dan 2 daripada 5 anaknya. Beliau tidak percaya dalam mengejar pengembaraan semata-mata untuk kepuasan yg sia2 tetapi menggunakan pengalaman ini untuk mencapai sesuatu yg bernilai pada akhirnya.
Bagi beliau, penerokaan alam sains membolehkannya menambah gedung pengetahuan dunia.
"Menggali keluar fakta merupakan cabaran sebenar," katanya sewaktu mengulas karier beliau.
"Pengembaraan boleh memberi peransang dan keseronokan - tetapi merupakan perkara yg kedua pentingnya."
Walau bagaimanapun, 'menggali' fakta boleh menjadi satu kerjaya yg merbahayakan. Beliau pernah di patuk ular berbisa,dikejar gajah dan terperangkap dalam pasir jerlus. Dia juga pernah terlibat dalam kemalangan pesawat, pernah terperangkap dalam gempa bumi dan dua kali hampir lemas dibawa jeram. Namun, keinginannya yg begitu kuat untuk menemui pengetahuan baru dan mencapai senarai matlamat impian mendorong beliau meskipun berbahaya.
Selama bertahun-tahun,dia menjelajah ke merata dunia membicarakan mengenai kepentingan menyenaraikan matlamat kepada org ramai.
Beliau mengatakan bahawa terdapat keajaiban yg akan berlaku sekiranya anda menerokai impian anda dan mencatatkannya. Beliau mengatakan bahawa ia menggerakkan perancangan untuk menetapkannya dan dengan tiba-tiba sahaja semua peluang untuk mencapai impian mula mendekati kamu. Mungkin ini berbunyi luar biasa tetapi yg pasti kamu tidak dapat mempertikai pencapaian kamu...
Berkongsi ilmu itu adalah sesuatu yang mulia..kerana Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ILMU YANG DIMANFAATKAN dan anak yang soleh mendoakan untuknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Popular Posts
-
Result SPM n STPM akan kuar xlama lg...so anda perlu membeli no pin jika mahu memohon IPTA or poli or matrik or anything... Permohonan kem...
-
info terkini untuk permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Sesi 2 2013/2014...ambilan bln Febuari/Mac 2014.. UITM - permohona...
-
Tarikh penting UPU 2014/2015 bagi lepasan SPM dan STPM 2013 TARIKH PENTING BAGI LEPASAN SPM DAN STPM 2013 TARIKH-TARIKH PENTING ...
-
untuk download jadual ini,sila klik di sini jika ingin memohon UITM utk program ijazah,sila klik di sini jika ingin program yan...
-
Assalaualaikum...lama tak buat entry..sejak kebelakangan ni byk yg bertanyakan soalan dalam blog ni..maklum la semua bekas calon peperiksaan...
-
Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke lu...
-
UPU – Lepasan SPM Semakan Temuduga (jika ada) :11 April 2011 Rujukan: UTM, UiTM, UPSI, UPNM Temuduga : 14 – 18 April 2011 Keputusan Perm...
-
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013 Permohonan bagi penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013 boleh dilakukan mulai 9 Sept...
-
Assalamualaikum,salam sejahtera,salam 1 Malaysia.....ermmmm,lama kn aku x updte blog aku ni...aku ada byk cite nak kongsi...sebenarnya aku x...
-
assalamualaikum....hai apa khabar semua..harap2 semua sihat...apa nk cite rini ek...hmmmm.......kisah hidup sepanjang menjadi pelajar sekola...








No comments:
Post a Comment