SELAMAT DATANG KE BLOG STUDENT

JOM JANA INCOME SEKARANG!!

Thursday, May 12, 2011

Senarai biasiswa dan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran


Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan?di sini ada biasiswa yang boleh anda pilih..
1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas result SPM diumumkan. Untuk JPA dan MARA, anda hanya boleh mohon salah satu sahaja dalam website eSILA. Biasiswa JPA 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera. Masa zaman saya dulu, interview JPA menggunakan dwibahasa.
Anda akan dapat 1 tajuk untuk dibincangkan dalam kumpulan selama 30 minit. Bahasa Melayu (15 minit) dan bahasa Inggeris (15 minit). Mungkin formatnya berubah, tapi saya pun tak berapa pasti.
2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Nak mohon biasiswa MARA pun guna website yang sama untuk mohon JPA. MARA hanya untuk pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja. Interview MARA tak sama macam JPA. JPA interview secara berkumpulan manakala MARA interview secara individu, face to face dengan 2 orang penemuduga.
Ada course tertentu hanya ditawarkan oleh JPA seperti Farmasi. Tapi jangan bimbang, course-course lain seperti Medicine, Biotechnology, Engineering, Accounting dan sebagainya ditawarkan oleh JPA dan MARA. Cuma kadang-kadang keliru juga sama ada nak pilih JPA atau MARA.
Katakanlah anda dapat  6A1 4A2 atau 7A1 3A2 tapi anda nak apply course Medicine. Saya syorkan anda pilih MARA sebab dengan result yang anda dapat, susah untuk dapat JPA melainkan result anda 9A1 1A2 atau 10A1. Sama juga untuk course-course lain. (* SPM sekarang menggunakan A+, A dan A-. Jadi saya kurang pasti untuk sistem baru ni).
JPA dan MARA dua-dua ada kelebihan.
  • Peluang nak dapat MARA lagi tinggi berbanding JPA kerana JPA kena compete dengan semua orang tak kira Melayu, Cina atau India.
  • Kalau anda dapat JPA, anda memang dapat biasiswa walaupun keputusan tak cemerlang mana pun time degree. Kalau MARA, ada portion yang anda kena bayar kalau result tak cemerlang. Ini dinamakan biasiswa boleh ubah.
  • JPA anda terikat beberapa tahun dalam sektor kerajaan. Biasanya 6 tahun kecuali doktor terikat selama 10 tahun. MARA, anda bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja even di luar negara sekalipun.
  • Jika anda memohon course Medicine, JPA biasanya menawarkan program twinning iaitu 3 tahun di Malaysia dan 3 tahun di luar negara. Kalau MARA pula, 5 atau 6 tahun di luar negara. Kalau saya, saya akan mohon MARA.
3. Petronas
Petronas ada tawarkan biasiswa untuk belajar di UTP atau di luar negara. Apabila dapat tawaran temuduga, anda harus mengikuti educamp selama 2 hari di UTP, Tronoh, Perak. Sepanjang 2 hari berkampung di UTP, anda akan menduduki English test (Grammar) di samping Science and Math test untuk jurusan-jurusan Sains (Engineering, Geology, Geophysics) dan Math test untuk jurusan-jurusan Business (Accounting, Economic, Finance).
Ada juga personality test untuk menguji kesesuaian anda dengan course yang anda mohon. Hari kedua, interview dalam kumpulan seramai 5 orang dan anda diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan. Setiap orang diberi peranan berbeza dan kena bentang serta tegakkan hujah masing-masing. Interview Petronas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Masa zaman saya, Petronas ada berpakat dengan JPA rasanya. Sesiapa yang dapat JPA tak akan dapat Petronas dan sebaliknya. Tapi siapa yang dapat MARA boleh dapat Petronas.
Untuk biasiswa Petronas, boleh mohon di sini.
4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah apply biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, kesemua pemegang biasiswa KPM dihantar ke UK. Bolehlah nanti tengok Man U lawan dekat Old Trafford.
Menurut rakan-rakan saya, anda akan buat degree di UK selama 3 tahun dan balik Malaysia untuk buat program pendidikan selama  1 tahun. Syarat untuk fly ke UK, mestilah mendapat 10 mata ke atas dalam peperiksaan A Level.
Saya pernah terbaca satu syarat untuk memohon biasiswa KPM ni iaitu tidak boleh menerima apa-apa tawaran lain. Tapi saya perjelaskan di sini, anda mohon saja. Tak semestinya anda mohon KPM, peluang anda untuk dapat JPA terus tertutup.
5. FELDA
Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. So sesiapa pun boleh mohon kalau terasa nak mohon. Semua course boleh dimohon. Borang permohonan boleh download di website Felda Holdings nanti. Tapi bukan sekarang, sekarang tak keluar lagi.
6. Yayasan TNB
7. Yayasan TM
8. Yayasan Khazanah
9. Yayasan UEM
10. Sime Darby – untuk trial SPM sahaja
11. Bank Negara Malaysia (BNM)
12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
13. Maybank
14. Proton
15. Shell
Sila cek website-website untuk semua biasiswa ini selepas keputusan SPM dah diumumkan. Saya nasihatkan anda semua supaya rajin-rajinkan diri untuk membaca newspaper terutamanya Berita Harian dan Utusan Malaysia supaya tak terlepas iklan-iklan biasiswa itu nanti sebab kebanyakan iklan tersebut hanya disiarkan di surat khabar.
Ada juga yayasan atau kerajaan negeri yang menawarkan biasiswa seperti Yayasan Terengganu, Kerajaan Negeri Sabah dan Melaka. Jadi, anak-anak Terengganu, Sabah dan Melaka bolehlah mohon dengan syarat tidak mendapat apa-apa tawaran biasiswa lain.

BIL.
LOGO
NAMA & ALAMAT
NO. TEL & FAKS
1
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Lembah Lot G2, Tingkat Bawah Wisma Chase Perdana Off Jalan Semanthan,
Damansara Heighthttp://www.ptptn.gov.my
Tel
:03 20927788
2
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bangunan Medan Mara , No 21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
 www.mara.gov.my
Tel
:03 26915111
Faks
:03 26913620
3
Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Public Service Department, Block C1 & C2, Complex Federal Government Administrative Centre, 625100 W. Putrajaya           
http://www.jpa.gov.my
Tel
:03 88853000
:03 88854000
4
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) A-10-12, Menara UOA Bangsar,59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.
www.yayasantar.org.my
Tel
:03 2283 6063
03 2283 6073
Faks
:03 2283 6052
5
Yayasan Telekom Malaysia (YTM)     Unit Pentadbiran Biasiswa, Yayasan Telekom Malaysia, Aras 9 Utara Menara TM, Jln Pantai Baharu 50672 Kuala Lumpur                         http://ytm.tm.com.my
Tel
:-
Faks
:-
6
Kuok Foundation Berhad                    19th floor, Wisma Jerneh, 38 Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel
:03 21425319
Faks
:03 21456609
7
Yayasan Perak                               Tingkat 1, Wisma Yayasan  Perak, No 111, Jln Sultan Idris Shah, 3000 Ipoh Perakwww.yayasanperak.com.my
Tel
:05 25522929
Faks
:05 2531701
8
Yayasan Selangor                         Menara Yayasan Selangor, No 18 A Jln Persiaran Barat Petaling Jaya 46000 Selangor
www.yayasanselangor.org.my
Tel
:03 79551212
Faks
:03 79541790
9
Yayasan Negeri Sembilan            Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Jalan Yam Tuan 7000, Seremban Negeri Sembilanwww.yns.gov.my
Tel
:06 7628056
Faks
:06 7631420
10
Yayasan Kelantan Darul Naim         Tingkat 5, Kompleks YAKIN, Jln Gajah Mati. 15000, Kota Bharu Kelantanhttp://yakin.kelantan.gov.my
Tel
:-
Faks
:-
11
Yayasan Terengganu                 Bangunan Yayasan Terengganu, Jln Sulatan Ismail, 20200 Kuala Terengganuwww.ytrg.terengganu.gov.my
Tel
:09 6221733
Faks
:09 6232944
12
Yayasan Pahang                        Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur          
www.yp.org.my
Tel
:09 5181800
Faks
:09 5181888
13
Yayasan Johor                                   Aras 2,Wisma YPJ Holdings, No 5  Jln Seri Perkasa 1\3 Tmn Tampoi Utama, 81200 Johor Bharu
Tel
:07 2416161
Faks
:07 2416401
14
Yayasan Sarawak                            Level 9 & 10, wisma Satok, 93400 Kuching, Sarawakwww.yayasansarawak.org.my
Tel
:082 248688
Faks
:082 429206
15
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras2, Blok c, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Star. Kedah Darul Aman www.ibnk.gov.my
Tel
:04 7744449
Faks
:04 7744456
16
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak                   www.perak.gov.my
Tel
:05 2531957
Faks
:05 2545323
17
Kerajaan Negeri Pulau Pinang       Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Paras 25 Komtar 10503 Pulau Pinangwww.penang.gov.my
Tel
:04 2621957
Faks
:04 2613203
18
Golden Hope Plantation                        9-20th Floor Menara Pnb 201-A Jalan Tun Razak. Kuala Lumpur 50400, Wilayah Persekutuanhttp://www.goldenhope.com.my
Tel
:09-6220707
Faks
:09-6275524
19
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPNM)                               Aras 3, Blok B, Seri Negeri 75450 Ayer Keroh, Melaka         tapem@melaka.gov.my
Tel
:09-7717000
Faks09-7717006
20
Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM), Blok E3, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya           www.mohe.gov.my
Tel
:03 8883 5000
Faks:03 88893921



senarai lain :
1.       KUOK FOUNDATION BERHAD
2.       LEMBAGA BIASISWA KEDAH
3.       YAYASAN KELANTAN DARULNAIM
4.       KERAJAAN NEGERI SELANGOR
5.       YAYASAN SELANGOR
6.       KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
7.       YAYASAN PERAK
8.       YAYASAN NEGERI SEMBILAN
9.       KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
10.     YAYASAN TERENGGANU
11.     YAYASAN PAHANG
12.     YAYASAN PELAJARAN JOHOR
13.     GOLDEN HOPE PLANTATAIONS BERHAD
14.     BRITISH AMERICAN TOBACCO MALAYSIA FOUNDATION
15.     KOPERASI KEBANGSAAN PERMODALAN TANAH BERHAD
16.     YAYASAN FELCRA
17.     MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK DARUL RIDZUAN
18.     BANTUAN KEWANGAN PENDIDIKAN KHAS (PELAJAR KHAS SAHAJA)
19.     JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI
20.     YAYASAN NEGERI KEDAH
21.     YAYASAN NEGERI MELAKA
22.     YAYASAN NEGERI SABAH
23.     YAYASAN NEGERI SARAWAK
24.     BAITULMAL NEGERI

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,saya nak tanya apa syarat kelayakan untuk memohon biasiswa mara yer. Pointer sekurang-kurangnya kene berapa?? Maaf tanya disini saya tx boleh buka link..

Are Rifx said...

Susahnya nak dapat biasiswa!

Dengan keadaan ekonomi semasa, organisasi dan syarikat yang menawarkan biasiswa menetapkan syarat kewangan keluarga pelajar yang tidak dapat dipenuhi pelajar, syarat CGPA yang tinggi dan sebagainya untuk membolehkan pelajar diterima jadi apa pelan backup untuk pelajar? Jom buka akaun SSPNi-Plus ONLINE bermula daripada sekolah rendah lagi dengan deposit serendah RM30 setiap bulan dan anda sekurang-kurangnya bebas daripada tekanan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut..
SSPNi-Plus ONLINE

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

Dr Purva Pius said...

Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Email us:urgentloan22@gmail.com
Application Form:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Email us (urgentloan22@gmail.com)

Urgent Loan said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

Datafincorp said...

Do you need a genuine Loan to settle your bills and startup
business? contact us now with your details to get a good
Loan at a low rate of 3% per Annual email us:
Do you need Personal Finance?
Business Cash Finance?
Unsecured Finance
Fast and Simple Finance?
Quick Application Process?
Finance. Services Rendered include,
*Debt Consolidation Finance
*Business Finance Services
*Personal Finance services Help
Please write back if interested with our interest rate datanfincorpfinance@gmail.com
Whats-app us on +918929593217

Popular Posts

Translate