“Hidayah
bukan milik kita, hidayah milik Allah”
PERJALANAN KITA DIA
TENTUKAN, TAKDIR KITA DIA TETAPKAN YANG TERBAIK….ALLAHUAKHBAR!!!!
TIADA KATA INDAH SELAIN
ALHAMDULILLAH!!
Bermula dari kisah benar, di ilhamkan ke
dalam penulisan. Kisah yang tak akan pernah dilupakan oleh pemilik cerita.
Bangunlah kamu wahai pembaca, berhijrahlah ke jalan yang benar. In Shaa Allah!
Dunia
adalah tempat yang indah disediakan Allah kepada hambaNya. Namun semuanya hanya
sementara, kerana keindahan ini hanya pinjaman untuk kita beribadah kepadaNya.
Tempat yang lebih indah adalah syurgaNya. Wahai anak muda sekarang, jangan lah
kamu leka dengan dunia sementara ni. Ubah lah daripada kejahatan kepada
kebaikan. Aku hanya seorang
insan yang cukup kerdil, lemah dan pendosa padaMu Tuhan. Bermula disini akan ku
kongsikan hikmah yang mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain.
Pertama sekali aku ingin memanjatkan kesyukuran dengan segala hikmah yang
Engkau beri. Tiada kata lain yang lebih indah selain ALHAMDULILLAH YA ALLAH!
Kisah
bermula disini apabila aku telah mengenali seorang perempuan yang mana aku
telah niatkan untuk berkahwin dengannya. Aku hanya seorang individu yang tiada
apa-apa, hanya berserah kepadaNya. Aku kuatkan diri untuk membawanya berjumpa
ibuku, tujuanku untuk tunjuk pilihan hatiku kepada ibuku. Sama ada dia
bersetuju atau tak, aku redha. Alhamdulillah dengan berkat doa, ibuku setuju.
Selepas itu, aku pula memberanikan diri dan menawarkan diri untuk berjumpa
dengan keluarga si perempuan. Teringat aku dengan whatsapp dari si dia yang
mengatakan mamanya bertanya “dia nak buat apa nak jumpa mama”. Ya Allah, seram
sejuk aku lepas baca whatsapp tu. Orang utara cakap gelabah bewak (biawak).
Namun aku gagahkan diri, memohon kekuatan dari Ilahi, Alhamdulillah sekali lagi
Dia membantuku. Aku diterima oleh keluarganya, syukur sangat-sangat.
Permulaan
yang baik bagi aku dan dia. Selepas hampir dua tahun, pelbagai masalah mula
timbul. Niatku, lagi 1 tahun lebih akan kami langsungkan pernikahan, lagipun
keluarganya sudah bertanya. Lalu aku nekad, habis belajar untuk kumpul duit
sebanyak mungkin, sementara belajar juga aku dah mula ceburkan diri dalam
bisnes-bisnes untuk tampung duit poket dan sebagainya. Syaitan tidak akan
membiarkan manusia mengikut jalan Allah. Ketika sedang bercinta, aku terleka
padaNya. Namun dalam setiap doa, aku titipkan niatku, “Ya Allah, Kau satukan
lah kami sebagai suami isteri yang sah, yang halal bagiMu”. Bisikan syaitan
yang menghasut, lalu masalah peribadi buatkan aku buntu untuk cari jalan
penyelesaian. Aku terus menerus berfikir jalan penyelesaian. Namun makin hari
makin teruk sehingga diriku rasa lemah.
Aku
hilang fokus belajar, aku malas untuk belajar. Aku ingin mencari ketenangan,
lalu aku larikan diri ke kampung halaman. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa
aku rasa tekananya, berdosanya. Kampung tempat aku berjumpa insan-insan yang
aku sayang, ibuku, kakakku dan keluargaku. Tenangnya rasa dihati, dapat jumpa
keluarga disayangi. Habis masaku berehat dikampung, mula lah perjalananku ke
kota Kuala Lumpur yang penuh sesak dan masalah bagiku.
Ketika
perjalanan ku pulang ke Kuala Lumpur dengan berniatkan solat jamak. Aku
bercadang untuk berhentikan kenderaan aku di RNR Sungai Perak untuk solat asar.
Niatku bagaikan ditetapkan sesuatu bagiku, sehingga aku berhentikan kenderaan
di RNR Tapah untuk solat asar dan jamak bagi solat maghrib dan isyak. Selesai
solat, aku dan sahabatku terus ke pondok rehat di hentian tersebut. Berehat
sebentar kami disitu sambil makan dan minum. Namun aku ada terlihat seorang
pakcik di pondok tersebut, lalu pakcik tu menghampiri aku.
“Nak,
pakcik ada masalah ni..kalau boleh pakcik nak mintak tolong sikit” kata pakcik
tersebut. “Masalah apa pakcik? pakcik nak mintak tolong apa?” balas ku pula.
“Dompet pakcik hilang, pakcik nak balik Pahang, kereta pula minyak dah nak
habis..Pakcik nak mintak tolong sikit je, doakan pakcik selamat sampai Pahang”
kata pakcik. ALLAHUAKHBAR, terdetik perkataan tersebut dalam lubuk hatiku. Ya
Allah, dalam banyak permintaan, hanya doa yang diminta sebagai pertolongan. “Sudah
berapa lama pakcik kat sini?” soalku. “Dah 4 jam pakcik menunggu kat sini,
pakcik pun buntu dah..tapi pakcik percaya nanti Allah akan tolong” kata pakcik.
Besar kuasaMu Ya Allah, saat itu aku juga sedang serabut memikirkan masalah aku
lalu Engkau ketemukan aku dengan seorang pakcik yang membesarkanMu dalam
masalahnya.
Aku
bangun lalu peluk pakcik tersebut, ini sahaja yang saya mampu berikan. “Saya
akan doakan pakcik. Saya juga mintak tolong pakcik doakan saya sebab saya
sedang hadapi masalah peribadi” menangisku sambil berbisik di telinga pakcik
tersebut. Terima kasih pakcik, syukur Ya Allah. Aku beredar dari situ untuk
teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Air mataku mengalir saat memikirkan
kekhilafanku pada yang Maha Esa.
Setibanya
aku di Kuala Lumpur, aku berehat sambil memikirkan kesilapanku. Semoga Allah
memberikan taufik dan hidayah kepadaku. Setelah beberapa hari aku di KL, aku
diuji lagi dengan demam panas. Dua hari aku tak mampu nak bangun melainkan
solat, mandi dan makan. Selera makanku juga hilang dalam sekelip mata. Saat
itu, hanya Allah dan sahabat serumah sahaja tahu keadaan aku. Aku dipaksa
sahabat serumah untuk ke klinik dapatkan rawatan. Keesokkannya, aku dibawa ke
klinik oleh sahabatku. Rawatan pertamaku bermula, darah diambil dan
keputusannya platelet aku menurun ke 134 begitu juga dengan darah putihku. Setiap
hari aku disuruh doktor untuk datang ke klinik bagi proses pengambilan darah. Bermula
134, seterusnya 132, 118, 97 sehingga lah naik semula ke 98 dan 102.
Ketika
tu aku hanya baring, dan tak dapat nak tengok skrin laptop dan telefon
lama-lama. Assignment entah kemana perginya, hanya mampu lihat sahabat-sahabat
siapkan kerja. Sahabat-sahabat serumah ku selalu berikan semangat untuk aku
bangun semula. Syukur ya Allah, Engkau berikan aku sahabat yang baik seperti
ini. Aku berusaha untuk bangun dengan terfikirkan kata-kata pakcik yang aku
jumpa di RNR haritu..Ya, doa dan sabar pakcik tu ajarkan aku sesuatu. Dia yang Maha Berkuasa. Semua yang
berlaku atas kehendak Allah, ingin menguji hambaNya. Lalu aku bangun,
berdirinya aku untuk solat taubat. Aku pernah mendengar sakit juga adalah
penghapus dosa, mungkin sebab aku kadang-kadang terleka daripadaNya. Berdirinya
aku dalam solat taubat ketika bacaan Al-Fatihah, air mata ini mengalir
membasahi pipi. Sujudku tangisi pada yang Maha Esa. Ya Allah besar kuasaMu, aku
menangis memujiMu kerana masih memberikan kesempatan kepada aku untuk lakukan
solat taubat dan hadirkan rasa kebesaranMu. Doa aku panjatkan untuk bangun dari
segalanya dan boleh selesaikan semester akhir aku ini.
Alhamdulillah,
ini lah kata indah yang aku ungkapkan saat aku berjaya bangun, bangun dari masalah
dan kesakitanku. Syukur tak terhingga Ya Allah, benar doa adalah senjata orang
mukmin dan sabar adalah kekuatan kita. Alhamdulillah, aku berjaya bangun tetapi
bangunku seminggu sebelum presentation final year project aku. Sungguh aku rasa
satu persatu aku diuji, Allah benar-benar sayangkan aku. Aku mintak tolong
rakan-rakan yang lain untuk selesaikan ‘error’ dalam system FYP aku tetapi
masing-masing sibuk. Sahabat serumah juga yang banyak membantu aku.
Alhamdulillah, aku percaya pada doa dan sabar. Allah berikan jalan yang aku
sendiri tidak menyangka dan tidak pernah terfikir. Sujud syukur aku padaNya,
Dia berikan aku jalan berjumpa dengan dua orang developer. Salah seorangnya
adalah developer Google, aku sendiri tak menyangka. Ketika itu, aku berasa
cukup kerdil didunia ini. HambaMu yang banyak kekurangan tetapi Engkau tetap
memberikan yang terbaik kepadaku.
Alhamdulillah
aku berjaya selesaikan system aku. Namun rehat yang kurang cukup buatkan aku
gelabah ketika ‘presentation’. Ya Allah, ujian yang aku rasa itu ada hikmah
disebaliknya. Air mata mengalir saat habis present, setelah penat lelah siapkan
system. Akhirnya, bagi aku itu present yang paling teruk aku pernah buat. Ya
Allah, sekali lagi Engkau hadirkan sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan
bangunkan aku. Sahabat yang tak pernah rapat menjadi rapat dengan FYP. Terima
kasih Ya Allah. Sekongan mereka bangunkan aku semula, buat kali ke berapa aku
pun tak pasti, air mata ini mengalir lagi. Memuji pada Yang Esa dengan kebesaran
yang Dia telah berikan. Setiap ujian yang Engkau berikan aku dapat rasa
hikmahnya, syukur sangat Ya Rabb. Alhamdulillah dan itu kata indah yang aku
mampu ungkapkan. Akhir kata aku………HIDAYAH BUKAN MILIK KITA, HIDAYAH MILIK
ALLAH..
Semoga aku masih ada peluang untuk menuju syurgaNya..semoga aku dapat berbakti untuk ibuku dan sentiasa memberikan sedekah untuk arwah abahku..semoga aku ada jodoh dengan si dia. Doa aku sentiasa panjatkan..untuk semua yang aku syg..amiiiiin Ya Allah!!