SELAMAT DATANG KE BLOG STUDENT

JOM JANA INCOME SEKARANG!!

Saturday, June 11, 2016

Harga No pin di BSN 2016

Info daripada laman BSN...

BSN

 

Maaf kotak terlebih besar

 

BSN PIN PURCHASE 2016


ORGANIZATIONCOURSE / PROGRAM PIN PRICE + CHARGE + GST (RM)PURCHASE DATE
STARTEND
UPU - Program Lepasan SPM/Setaraf 15.64
- Program Lepasan STPM/Setaraf 15.64
- Diploma Pendidikan 20.64
UiTM - Program 1 (Diploma & Asasi Undang-undang UiTM) 10.06

- Program 2 (Pengajian Luar Kampus /
  Setara Sepenuh Masa) 
12.06
- Program 3 (Profesional) 17.06
- Program 4
  (Prog. Sarjana / Kedoktoran Kerja
  Kursus)
50.06
- Program 5 (Prog. Sarjana /
  Kedoktoran Penyelidikan)
50.06 01-JAN-16 31-DEC-16
- Program 6 (Penerapan) 10.06
- Program 8
  (International Student Kerja Kursus )
151.06
- Program 9
  (Research International Student)
151.06 01-JAN-16 31-DEC-16
- Program 10 (Ijazah Sarjana Muda) 17.06
UiTM – JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA - ePerjawatan (Permohonan Perjawatan Pentadbiran UiTM) 11.06
- eTPM (Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar UiTM) 21.06
BAHAGIAN MATRIKULASI - Kolej Matrikulasi 6.06
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA - PPUM (Kejururawatan) 10.06
UPSI - Ijazah 26.06
- Pengajian Sarjana / PhD 26.06 01-JAN-16 31-DEC-16
- Penjualan Modul PJJ UPSI 61.06
- Penjualan Modul PJJ UPSI (USM) 41.06
- Diploma 26.06
- Khas 26.06

MPM - Yuran STPM 1 Pakej 1 211.06
- Yuran STPM 2 Pakej 1 301.06
- Yuran STPM 3 Pakej 1 391.06
- Yuran STPM 4 Pakej 1 481.06
- Yuran STPM 5 Pakej 1 571.06
- Sijil Kecepakapan Bahasa Melayu Warga Asing 201.06 06-MAY-16 30-JUN-16
- Tukar/Tumpang Pusat Peperiksaan STPM 51.06
- Yuran MUET Sesi Julai 2016 101.06
- Tukar Pusat Ujian MUET 26.06
- Yuran STPM 1 Pakej 2 61.06

- Yuran STPM 2 Pakej 2 121.06

- Yuran STPM 3 Pakej 2 181.06

- Yuran STPM 4 Pakej 2 241.06

- Yuran STPM 5 Pakej 2 301.06

- Ulangan STPM 1 Kertas 51.06
- Ulangan STPM 2 Kertas 101.06
- Ulangan STPM 3 Kertas 151.06
- Ulangan STPM 4 Kertas 201.06
- Ulangan STPM 5 Kertas 251.06
USM - Ijazah Pertama Saluran Perdana 40.06
- Pengajian Sarjana /
  PhD Saluran Alternatif
60.06
- Diploma Kejururawatan 60.06
- Program Antarabangsa Doktor
  Perubatan USM - KLE
60.06

- Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 60.06
PTPTN - Permohonan Pinjaman PTPTN 5.06 19-MAY-09   31-DEC-20
UPU KEMAHIRAN SDN BHD - UPU KEMAHIRAN 10.06

Thursday, June 9, 2016

ALLAH IS THE BEST CREATOR AND PLANNER



“Hidayah bukan milik kita, hidayah milik Allah”

PERJALANAN KITA DIA TENTUKAN, TAKDIR KITA DIA TETAPKAN YANG TERBAIK….ALLAHUAKHBAR!!!!
TIADA KATA INDAH SELAIN ALHAMDULILLAH!!



Bermula dari kisah benar, di ilhamkan ke dalam penulisan. Kisah yang tak akan pernah dilupakan oleh pemilik cerita. Bangunlah kamu wahai pembaca, berhijrahlah ke jalan yang benar. In Shaa Allah!

            Dunia adalah tempat yang indah disediakan Allah kepada hambaNya. Namun semuanya hanya sementara, kerana keindahan ini hanya pinjaman untuk kita beribadah kepadaNya. Tempat yang lebih indah adalah syurgaNya. Wahai anak muda sekarang, jangan lah kamu leka dengan dunia sementara ni. Ubah lah daripada kejahatan kepada kebaikan.            Aku hanya seorang insan yang cukup kerdil, lemah dan pendosa padaMu Tuhan. Bermula disini akan ku kongsikan hikmah yang mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain. Pertama sekali aku ingin memanjatkan kesyukuran dengan segala hikmah yang Engkau beri. Tiada kata lain yang lebih indah selain ALHAMDULILLAH YA ALLAH!

            Kisah bermula disini apabila aku telah mengenali seorang perempuan yang mana aku telah niatkan untuk berkahwin dengannya. Aku hanya seorang individu yang tiada apa-apa, hanya berserah kepadaNya. Aku kuatkan diri untuk membawanya berjumpa ibuku, tujuanku untuk tunjuk pilihan hatiku kepada ibuku. Sama ada dia bersetuju atau tak, aku redha. Alhamdulillah dengan berkat doa, ibuku setuju. Selepas itu, aku pula memberanikan diri dan menawarkan diri untuk berjumpa dengan keluarga si perempuan. Teringat aku dengan whatsapp dari si dia yang mengatakan mamanya bertanya “dia nak buat apa nak jumpa mama”. Ya Allah, seram sejuk aku lepas baca whatsapp tu. Orang utara cakap gelabah bewak (biawak). Namun aku gagahkan diri, memohon kekuatan dari Ilahi, Alhamdulillah sekali lagi Dia membantuku. Aku diterima oleh keluarganya, syukur sangat-sangat. 

            Permulaan yang baik bagi aku dan dia. Selepas hampir dua tahun, pelbagai masalah mula timbul. Niatku, lagi 1 tahun lebih akan kami langsungkan pernikahan, lagipun keluarganya sudah bertanya. Lalu aku nekad, habis belajar untuk kumpul duit sebanyak mungkin, sementara belajar juga aku dah mula ceburkan diri dalam bisnes-bisnes untuk tampung duit poket dan sebagainya. Syaitan tidak akan membiarkan manusia mengikut jalan Allah. Ketika sedang bercinta, aku terleka padaNya. Namun dalam setiap doa, aku titipkan niatku, “Ya Allah, Kau satukan lah kami sebagai suami isteri yang sah, yang halal bagiMu”. Bisikan syaitan yang menghasut, lalu masalah peribadi buatkan aku buntu untuk cari jalan penyelesaian. Aku terus menerus berfikir jalan penyelesaian. Namun makin hari makin teruk sehingga diriku rasa lemah. 

            Aku hilang fokus belajar, aku malas untuk belajar. Aku ingin mencari ketenangan, lalu aku larikan diri ke kampung halaman. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa aku rasa tekananya, berdosanya. Kampung tempat aku berjumpa insan-insan yang aku sayang, ibuku, kakakku dan keluargaku. Tenangnya rasa dihati, dapat jumpa keluarga disayangi. Habis masaku berehat dikampung, mula lah perjalananku ke kota Kuala Lumpur yang penuh sesak dan masalah bagiku.

            Ketika perjalanan ku pulang ke Kuala Lumpur dengan berniatkan solat jamak. Aku bercadang untuk berhentikan kenderaan aku di RNR Sungai Perak untuk solat asar. Niatku bagaikan ditetapkan sesuatu bagiku, sehingga aku berhentikan kenderaan di RNR Tapah untuk solat asar dan jamak bagi solat maghrib dan isyak. Selesai solat, aku dan sahabatku terus ke pondok rehat di hentian tersebut. Berehat sebentar kami disitu sambil makan dan minum. Namun aku ada terlihat seorang pakcik di pondok tersebut, lalu pakcik tu menghampiri aku. 


            “Nak, pakcik ada masalah ni..kalau boleh pakcik nak mintak tolong sikit” kata pakcik tersebut. “Masalah apa pakcik? pakcik nak mintak tolong apa?” balas ku pula. “Dompet pakcik hilang, pakcik nak balik Pahang, kereta pula minyak dah nak habis..Pakcik nak mintak tolong sikit je, doakan pakcik selamat sampai Pahang” kata pakcik. ALLAHUAKHBAR, terdetik perkataan tersebut dalam lubuk hatiku. Ya Allah, dalam banyak permintaan, hanya doa yang diminta sebagai pertolongan. “Sudah berapa lama pakcik kat sini?” soalku. “Dah 4 jam pakcik menunggu kat sini, pakcik pun buntu dah..tapi pakcik percaya nanti Allah akan tolong” kata pakcik. Besar kuasaMu Ya Allah, saat itu aku juga sedang serabut memikirkan masalah aku lalu Engkau ketemukan aku dengan seorang pakcik yang membesarkanMu dalam masalahnya. 

            Aku bangun lalu peluk pakcik tersebut, ini sahaja yang saya mampu berikan. “Saya akan doakan pakcik. Saya juga mintak tolong pakcik doakan saya sebab saya sedang hadapi masalah peribadi” menangisku sambil berbisik di telinga pakcik tersebut. Terima kasih pakcik, syukur Ya Allah. Aku beredar dari situ untuk teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Air mataku mengalir saat memikirkan kekhilafanku pada yang Maha Esa. 

            Setibanya aku di Kuala Lumpur, aku berehat sambil memikirkan kesilapanku. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepadaku. Setelah beberapa hari aku di KL, aku diuji lagi dengan demam panas. Dua hari aku tak mampu nak bangun melainkan solat, mandi dan makan. Selera makanku juga hilang dalam sekelip mata. Saat itu, hanya Allah dan sahabat serumah sahaja tahu keadaan aku. Aku dipaksa sahabat serumah untuk ke klinik dapatkan rawatan. Keesokkannya, aku dibawa ke klinik oleh sahabatku. Rawatan pertamaku bermula, darah diambil dan keputusannya platelet aku menurun ke 134 begitu juga dengan darah putihku. Setiap hari aku disuruh doktor untuk datang ke klinik bagi proses pengambilan darah. Bermula 134, seterusnya 132, 118, 97 sehingga lah naik semula ke 98 dan 102. 



            Ketika tu aku hanya baring, dan tak dapat nak tengok skrin laptop dan telefon lama-lama. Assignment entah kemana perginya, hanya mampu lihat sahabat-sahabat siapkan kerja. Sahabat-sahabat serumah ku selalu berikan semangat untuk aku bangun semula. Syukur ya Allah, Engkau berikan aku sahabat yang baik seperti ini. Aku berusaha untuk bangun dengan terfikirkan kata-kata pakcik yang aku jumpa di RNR haritu..Ya, doa dan sabar pakcik tu ajarkan aku sesuatu. Dia yang Maha Berkuasa. Semua yang berlaku atas kehendak Allah, ingin menguji hambaNya. Lalu aku bangun, berdirinya aku untuk solat taubat. Aku pernah mendengar sakit juga adalah penghapus dosa, mungkin sebab aku kadang-kadang terleka daripadaNya. Berdirinya aku dalam solat taubat ketika bacaan Al-Fatihah, air mata ini mengalir membasahi pipi. Sujudku tangisi pada yang Maha Esa. Ya Allah besar kuasaMu, aku menangis memujiMu kerana masih memberikan kesempatan kepada aku untuk lakukan solat taubat dan hadirkan rasa kebesaranMu. Doa aku panjatkan untuk bangun dari segalanya dan boleh selesaikan semester akhir aku ini.



            Alhamdulillah, ini lah kata indah yang aku ungkapkan saat aku berjaya bangun, bangun dari masalah dan kesakitanku. Syukur tak terhingga Ya Allah, benar doa adalah senjata orang mukmin dan sabar adalah kekuatan kita. Alhamdulillah, aku berjaya bangun tetapi bangunku seminggu sebelum presentation final year project aku. Sungguh aku rasa satu persatu aku diuji, Allah benar-benar sayangkan aku. Aku mintak tolong rakan-rakan yang lain untuk selesaikan ‘error’ dalam system FYP aku tetapi masing-masing sibuk. Sahabat serumah juga yang banyak membantu aku. Alhamdulillah, aku percaya pada doa dan sabar. Allah berikan jalan yang aku sendiri tidak menyangka dan tidak pernah terfikir. Sujud syukur aku padaNya, Dia berikan aku jalan berjumpa dengan dua orang developer. Salah seorangnya adalah developer Google, aku sendiri tak menyangka. Ketika itu, aku berasa cukup kerdil didunia ini. HambaMu yang banyak kekurangan tetapi Engkau tetap memberikan yang terbaik kepadaku.

            Alhamdulillah aku berjaya selesaikan system aku. Namun rehat yang kurang cukup buatkan aku gelabah ketika ‘presentation’. Ya Allah, ujian yang aku rasa itu ada hikmah disebaliknya. Air mata mengalir saat habis present, setelah penat lelah siapkan system. Akhirnya, bagi aku itu present yang paling teruk aku pernah buat. Ya Allah, sekali lagi Engkau hadirkan sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan bangunkan aku. Sahabat yang tak pernah rapat menjadi rapat dengan FYP. Terima kasih Ya Allah. Sekongan mereka bangunkan aku semula, buat kali ke berapa aku pun tak pasti, air mata ini mengalir lagi. Memuji pada Yang Esa dengan kebesaran yang Dia telah berikan. Setiap ujian yang Engkau berikan aku dapat rasa hikmahnya, syukur sangat Ya Rabb. Alhamdulillah dan itu kata indah yang aku mampu ungkapkan. Akhir kata aku………HIDAYAH BUKAN MILIK KITA, HIDAYAH MILIK ALLAH..


Semoga aku masih ada peluang untuk menuju syurgaNya..semoga aku dapat berbakti untuk ibuku dan sentiasa memberikan sedekah untuk arwah abahku..semoga aku ada jodoh dengan si dia. Doa aku sentiasa panjatkan..untuk semua yang aku syg..amiiiiin Ya Allah!!

Popular Posts

Translate